Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap parti yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dapat terus mengekalkan kematangan politik semasa berkempen sepertimana dipaparkan pada proses penamaan calon hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kematangan politik itu dapat dilihat berdasarkan suasana tenang dan keharmonian yang ditunjukkan antara penyokong dan calon parti-parti bertanding ketika proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak.
“Kepimpinan ketiga-tiga parti telah dapat bertemu dengan baik, bukan hanya sekadar membicarakan soal-soal politik tapi juga kami (duduk semeja) makan bersama. Suasana ini harus diterjemahkan dalam tempoh kempen.
“Saya merasakan ini bagi menghormati bulan Ramadan. Bagi saya jika perbezaan pendapat dapat diraikan dengan akhlak dan sahsiah terpuji, maka saya fikir terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa (calon) yang terbaik,” katanya.
0 comments:
Post a Comment