Budaya 'hipster' merupakan satu trend yang harus dilayani oleh pemimpin UMNO dalam usaha memikat hati pengundi di kawasan bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO itu berkata gelombang budaya itu yang dicetuskan pada 1990 an merupakan satu perubahan baharu dalam gaya hidup golongan pertengahan yang menjadi penghuni majoriti di bandar.
"Budaya Hipster ini adalah satu realiti. Oleh sebab itu, bentuk tindakan
dengan memberikan perkhidmatan harus disesuaikan dengan kumpulan sasaran budaya hipster. Budaya hipster merupakan satu perubahan baharu dalam gaya hidup," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di Selangor, hari ini.
Ahmad Zahid berkata masyarakat bandar mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu yang lebih kompleks dan ia tidak sama dengan isu yang dihadapi masyarakat luar bandar.
"Dalam keadaan itu, mereka (masyarakat bandar) menterjemahkan
(memperkenalkan) gaya hidup yang dipanggil budaya hipster. Kalau dahulu minum di kedai mamak, sekarang restoran makanan segera. Kalau kedai mamak segelas air kopi mungkin RM2.50 tapi kopi yang sama di tempat lain mungkin RM15," katanya.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa kepimpinan UMNO Bahagian Shah Alam mengguna pakai strategi budaya hipster dalam pilihan raya umum akan datang dalam usaha merampas kerusi Parlimen Shah Alam daripada pembangkang.
Mengulas lanjut, beliau berkata budaya itu juga berjaya menyediakan sumber pendapatan dari segi perniagaan kepada golongan masyarakat bandar di mana seramai 31,000 peniaga berdaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuka kafe hipster.
"Di samping itu, sebanyak 1.18 juta usahawan wanita mendaftar di SSM untuk buat perniagaan secara dalam talian seperti aktiviti barangan fesyen. Ini budaya hipster baharu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengarahkan Mara dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) supaya memudahkan permohonan pinjaman oleh pengusaha gerai makan bergerak di kawasan bandar terutama di Shah Alam.
Henti tuding jari
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata pimpinan UMNO perlu berhenti menuding jari sesama sendiri berhubung penolakan sokongan pengundi bandar terhadap parti.
Beliau menarik perhatian bahawa, apabila maju sesebuah kawasan itu, peliknya sokongan rakyat terhadap parti menjadi semakin lemah.
"Jika dilihat, kemudahan infrastrutur dan sosial kita curahkan di bandar.
Begitu juga dengan kemudahan telekomunikasi dan struktur yang lain, kita berikan. Namun kita kehilangan kerusi di kawasan bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata kepimpinan parti dan negara mengetahui setiap
permasalahan yang dihadapi rakyat termasuk di Shah Alam yang mengalami perubahan akibat urbanisasi.
Namun, katanya, setiap permasalahan itu tidak seharusnya diletakkan di bahu perdana menteri ataupun timbalan perdana menteri semata-mata dan semua pihak termasuk pegawai kerajaan dan pemimpin badan bukan kerajaan berperanan membetulkan keadaan tersebut.
Ahmad Zahid juga berkata beliau bersetuju agar kerusi Parlimen Shah Alam dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya, Batu Tiga dan Kota Anggerik diisi oleh calon Barisan Nasional dalam kalangan anak jati kawasan itu.
Ketika berucap sebelum itu, Azhari menggesa kerajaan memansuhkan plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dalam usaha meringankan beban masyarakat setempat.
Di samping itu, beliau turut memohon peruntukan RM250,000 untuk 25 surau di Shah Alam untuk tujuan mengimarahkan surau itu. Ahmad Zahid kemudian meluluskan peruntukan itu.

0 comments:
Post a Comment