Malaysia menawarkan untuk berkongsi pengalamannya dan amalan terbaik dalam memerangi ancaman keganasan di peringkat antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.
"Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 telah digubal bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tahun lalu kami memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Ia adalah undang-undang pencegahan khusus bagi menangani ancaman pengganas.
Akta ini untuk mencegah pelakuan atau menyokong perbuatan pengganas yang melibatkan organisasi pengganas yang tersenarai dalam negara atau di mana-mana negara asing," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Antarabangsa bagi Memerangi Keganasan: Pergerakan Rentas Sempadan oleh Pengganas di sini hari ini.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kemunculan fenomena baharu, pejuang pengganas asing (FTF) yang kini semakin pantas melebarkan sayapnya dan semua orang perlu menghentikannya.

0 comments:
Post a Comment