Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara daripada ancaman termasuk penjajahan minda bentuk baharu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua pihak perlu sedar ancaman yang bertujuan memecah belahkan rakyat dengan menggunakan agama, kebebasan bersuara, kesaksamaan hak asasi manusia.
Naib Presiden UMNO itu berkata, penjajahan minda bentuk baharu hanya bertujuan memusnahkan keamanan dan kestabilan politik yang sudah dikecapi sejak 59 tahun negara mencapai kemerdekaan.
"Kita perlu mengambil contoh sebatang lidi penyapu yang mudah untuk dipatahkan tetapi tidak boleh dipatahkan apabila batang lidi yang banyak disatukan.
"Kita perlu pastikan rakyat terus menghormati perbezaan agama dan kaum dengan mengekalkan semangat kecintaan dan sayangkan negara," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, sebentar tadi.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

0 comments:
Post a Comment